Haier perkukuh jenama di Malaysia

Iklan
Fan Jing (dua dari kanan) ketika pelancaran ‘Smart Living New Products’ anjuran Haier Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Khamis. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM WAHID

KUALA LUMPUR - Haier mengukuhkan komitmennya terhadap Malaysia dengan menyasarkan pertumbuhan jualan 30 peratus menjelang Disember 2023.

Penolong Pengarah Pemasaran jenamanya, Julian Thean Chaw Choong berkata, pada 2022, Haier mencatatkan 25 peratus pertumbuhan jualan tahun ke tahun, susulan penerimaan pasaran tinggi melibatkan produk baharu keluarannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Haier telah melancarkan sembilan produk terbaharu antaranya peti sejuk, mesin basuh, mesin pengering, hud pengudaraan dan dapur memasak, televisyen dan satu pemanas air.

"Haier sedang mengembangkan rangkaian peruncitannya di Malaysia dengan menambah lebih banyak Haier Brand Shops bagi memperluaskan capaian dan mendekatkan jenama itu kepada pelanggan.

Iklan

"Sehingga kini, terdapat 43 Haier Brand Shops yang beroperasi di lokasi utama dan bandar besar di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran ‘Smart Living New Products’ anjuran Haier Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Haier, Patrick Seow Soon Leong dan Pengarah Urusan Haier Malaysia Fan Jing.

Iklan
Dari kiri: Julian dan Patrick bersama produk terbaharu Haier. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM WAHID

Jelasnya, produk terkini Haier dan teknologi yang direka dengan falsafah ‘Smart Living’ adalah salah satu usaha syarikat itu untuk menerapkan gaya hidup pengguna dengan teknologi inovatif.

Sementara itu, Fan Jing berkata, Haier menawarkan rangkaian lengkap peralatan rumah berkualiti yang direka khas untuk memberikan keselesaan dan kemudahan serta memenuhi keperluan pelanggan.

"Haier telah mewujudkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh dunia bagi membolehkan kajian dibuat secara konsisten termasuk penyelidikan pasaran dan terlibat termasuk maklum balas pelanggan dan peniaga untuk kami lebih memahami kehendak dan keperluan di negara ini," ujarnya.

Tambahnya lagi, produk baharu yang turut dilancarkan termasuklah televisyen terbesar dalam katalog produk Haier, QLED TV 98 inci dengan rekaan tanpa-bezel untuk pengalaman tontonan yang lebih luas.

"Pada masa sama, Haier Malaysia turut melancarkan OLED TV pertamanya dan pemanas air yang mempunyai ketahanan kebocoran elektrik dan dilengkapi pemutus litar perlindungan kebocoran bumi (ELCB)," katanya.

Tambahnya, Haier yakin dengan produk terbaharunya membolehkan syarikat itu mampu bersaing dan turut mengembangkan pasarannya di rantau ini.