ISTANBUL - Israel dilihat tetap berdegil apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Rabu berkata, sedang membuat persiapan melancarkan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza.
"Kami membuat persiapan melancarkan serangan darat ke atas Gaza,” kata Netanyahu pada sidang akhbar sambil menambah detik serangan akan ditentukan oleh kabinet, tanpa memberikan butiran lanjut, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar Yedioth Ahronoth.
"Saya tidak mahu ulas berkenaan bila, bagaimana atau berapa banyak. Saya juga tidak akan ulas mengenai apa perkiraan yang diambil dan bagaimana perkara ini akan dilaksanakan," katanya. - Bernama