Penjual burger maut: 'Pemergian arwah masih ditangisi'

Iklan
Muhammad Alif (kanan) bersama rakan, Muhammad Afnan Mohd Nor melihat video kenangan bersama Allahyarham Mohamad Elias. - Foto Ehsan The Star

IPOH - Pemergian peniaga burger, Mohamad Elias Kamarudin, 30, akibat terkena renjatan elektrik, minggu lalu masih ditangisi pelanggan setia gerai itu.

Perkara itu dikongsi rakan arwah, Muhammad Alif Shahar, 30, yang memaklumkan tidak henti-henti menerima panggilan dan mesej daripada pelanggan berkongsi kesedihan masing-masing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat juga antara pelanggan yang tidak mengetahui kejadian itu bertanyakan keberadaan arwah kerana sudah seminggu tidak berada di gerai.

"Saya faham apa yang mereka rasakan kerana saya sendiri masih tidak percaya bahawa dia telah tiada," katanya sepertimana dilaporkan The Star.

Iklan

Dalam kejadian sekitar jam 1.15 pagi pada 15 Oktober itu, Mohamad Elias dan pembantunya, Muhammad Nadim Taqwa Abdul Malek, 14, maut terkena renjatan elektrik di sebuah gerai menjual burger di Taman Bercham Raya.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang mencuci gerai burger tempat mereka berniaga menggunakan air.

Iklan

Muhammad Alif berkata, akaun media sosial mereka turut dibanjiri perkongsian orang ramai mengenai keramahan dan kebaikan arwah kepada pelanggannya.

Keadaan itu katanya, menggambarkan betapa Allahyarham seorang yang sangat disenangi ramai orang.

Dia yang mengenali Mohamad Elias sejak tujuh tahun lalu ada perancangan untuk membuka dua lagi cawangan gerai burger di Taiping bersama arwah.

"Saya perlu menangguhkan rancangan itu buat sementara waktu," katanya.