Gagal carum pekerja, PERKESO Selangor keluar 87 kompaun

Iklan
Ismail membuat pelepasan kenderaan Ops Kesan Bersepadu peringkat Rawang pada Khamis.

RAWANG - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Selangor mengeluarkan sebanyak 87 kompaun menerusi pemeriksaan ke atas 632 premis dalam Ops Kesan.

Pengarahnya, Ismail Abi Hashim berkata, angka tersebut direkodkan dalam tiga operasi yang dilaksanakan sekitar Sungai Besar pada Ogos, Setia Alam (September) dan Rawang pada Khamis dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM56,000.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan berkenaan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

"Menjadi tanggungjawab majikan untuk berdaftar dengan PERKESO dan membuat caruman kepada pekerja mereka.

Iklan

"Sekiranya berlaku bencana pekerjaan kepada pekerja, mereka dapat dilindungi dengan PERKESO," katanya selepas menyertai Ops Kesan Bersepadu peringkat PERKESO Rawang pada Khamis.

Katanya, kegagalan majikan untuk berdaftar dengan PERKESO serta mencarum pekerja merupakan satu kesalahan.

Iklan

"Jika didapati bersalah, majikan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.