JBPM beku cuti pegawai, anggota hadapi banjir

Iklan
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin (tengah) bergambar beramai-ramai selepas selesai majlis pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2023 pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Cuti pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibekukan bagi menghadapi monsun timur laut (MTL) yang dijangka bermula lebih awal pada tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, sekitar 20 peratus sahaja cuti akan diluluskan sepanjang tempoh jangkaan MTL berlaku di negara ini sehingga tahun depan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, peratusan kelulusan cuti terhad tersebut akan dibuat secara berperingkat bagi memastikan persiapan dan kesiap sagaan JBPM tidak terganggu bagi menghadapi sebarang kemungkinan semasa MTL.

"Bagi tempoh shif 12 jam, bilangan petugas yang berada di balai adalah sebanyak 33 peratus, manakala bagi shif 24 jam sebanyak 50 peratus, contohnya melibatkan pasukan Gerak Cepat (Red Team)," katanya pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Bulan Kesiapsagaan Bencana Tahun 2023.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Ts. Ahmad Izram Osman menyampaikan Anugerah Bintang Wira Merah kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin pada majlis pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2023 pada Khamis.

Iklan

Dalam majlis tersebut, sebanyak 96 pegawai bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Turkiye menerima sijil penghargaan khas bagi menghargai jasa dan sumbanga diberikan.

Selain itu, Abdul Wahab serta tujuh pegawai pengurusan tertinggi jabatan bersama pegawai kanan dianugerahkan dengan Bintang Wira Merah, Sayap Kehormat dan Sayap Anugerah.

Mengulas lanjut, Abdul Wahab berkata, pembekuan cuti yang bermula November ini hingga Mac 2024 itu melibatkan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,475 pegawai dan anggota di seluruh negara.

Beliau berkata, pembekuan cuti itu dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan situasi di setiap negeri dan daerah.

Kata beliau, jumlah 20 peratus anggota yang diberikan pelepasan cuti berperingkat adalah tertaktuk kepada keperluan dan situasi semasa.

Dalam pada itu, Abdul Wahab berkata, sebanyak 13 Pasukan Gerak Cepat akan turur digerakkan sepanjang MTL.

Jelasnya, pasukan itu mempunyai keanggotaan terdiri daripada 15 pegawai dan anggota pelbagai kepakaran termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), kemahiran pengendalian bot serta anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

"Pasukan Gerak Cepat ini yang ada di setiap negeri di Semenanjung akan bersedia lebih awal untuk membantu mana-mana daerah atau lokasi banjir.

"Ia melibatkan operasi pemindahan mangsa banjir serta penyelamatan ketika MTL," ujarnya.