NOTTINGHAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari England sedang bertarung nyawa selepas dilanggar sebuah ambulans yang bergegas bertindak balas terhadap panggilan kecemasan.
Polis Nottinghamshire mengesahkan berlaku pelanggaran melibatkan sebuah ambulans dan seorang pejalan kaki di Low Wood Road, Bulwell, Nottingham semalam.
Iklan
Iklan
Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Queens bagi mendapatkan rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan kritikal susulan nahas yang berlaku pada kira-kira jam 6.30 petang (waktu tempatan).
Nottingham Post melaporkan, ahli keluarga mangsa meminta agar diberi privasi dalam menghadapi waktu sukar ini.
Pihak polis dilaporkan masih menyiasat punca kemalangan. - Agensi