Perhimpunan maya di Roblox, idea luar biasa - Zulkifli

Iklan
Zulkifli. Gambar kanan: Laporan Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Bersolidariti terhadap nasib Palestin dengan mengadakan perhimpunan maya melalui aplikasi permainan video, Roblox merupakan satu fenomena baharu yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan tindakan berkenaan adalah bukti bahawa golongan itu prihatin dan cakna terhadap Palestin.

Iklan
Iklan

"Cetusan idea yang bagi saya amat luar biasa, telah dikembangkan dalam bentuk demonstrasi melalui permainan semata-mata. Ini juga sebahagian daripada solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

"Bahkan kumpulan kanak-kanak ini juga mengajak seluruh rakyat Malaysia dan telah merebak ke seluruh dunia,” katanya dalam menerusi satu rakaman yang dimuat naik dalam laman sosial, Facebook pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, perhimpunan maya solidariti Palestin dalam permainan Roblox telah diwujudkan oleh remaja berusia 15 tahun dari Malaysia bermula 14 Oktober lalu telah mendapat sambutan menggalakkan.

Peta perhimpunan dinamakan sebagai Dataran Tanjung Mas itu merujuk kepada Muar, Johor yang merupakan tempat tinggal remaja berkenaan.

Iklan

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, tindakan itu menunjukkan bahawa isu Palestin itu bersifat sejagat.

"Ia menggambarkan itu adalah obor dan semangat juang muslim terhadap bumi Baitulmaqdis dan Masjidil Al-Aqsa.

"Sekalung tahniah dan syabas kepada anak yang telah berjaya mencetuskan satu idea dan fenomena baik.

"Bagi saya ini menunjukkan satu tunjuk rasa dan hati sanubari kanak-kanak yang cintakan kedamaian, keamanan, bumi Palestin dan Gaza,” katanya.