PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya melangkah ke pentas suku akhir Terbuka Perancis selepas menyingkirkan pencabar tuan rumah, Arnaud Merkle pada pusingan kedua di Rennes pada Khamis.
Pada perlawanan yang berlangsung di Glaz Arena menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Arnaud 21-19, 21-8 dalam masa 47 minit untuk menempah slot ke suku akhir esok.
Iklan
Iklan
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu dijadual membuat perhitungan bertemu sama ada pemain Taiwan, Chou Tien Chen atau pencabar Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang bakal membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.
Sementara itu, pemain profesional negara,Lee Zii Jia gagal dalam misi memburu gelaran kedua musim ini apabila im ini apabila tewas di tangan pilihan kelapan kejohanan dari China, Li Shi Feng 21-17, 11-21, 12-21.
Sebagai rekod, Zii Jia berjaya menjuarai kejohanan Terbuka Artik di Finland awal bulan ini dan naib juara Terbuka Denmark minggu lepas.
Menerima nasib sama beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut terkandas selepas ditewaskan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-8, 21-18. - Bernama