KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau mendengar kebimbangan rakyat terkait isu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 berkenaan.