Bekas PM China, Li Keqiang meninggal dunia

Iklan
Li Keqiang - Foto Agensi

BEIJING - Bekas Perdana Menteri China, Li Keqiang meninggal dunia di Shanghai, kata media kerajaan China pada Jumaat.

Mendiang mengalami serangan jantung pada Khamis, lapor media kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurut Agensi berita Xinhua, Keqiang meninggal dunia pada awal pagi Jumaat selepas percubaan resusitasi gagal.

Keqiang berumur 68 tahun.

Iklan

"Li Keqiang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba pada 26 Oktober dan selepas usaha habis-habisan untuk memulihkannya gagal, meninggal dunia di Shanghai pada 10 minit lewat tengah malam pada 27 Oktober,” lapor CCTV.

Bekas Perdana Menteri dan ketua kabinet China itu berkhidmat di bawah Presiden Xi Jinping selama sedekad dari 2013 sebelum bersara pada Mac 2023.

Iklan

Ahli ekonomi elit berpendidikan Universiti Peking itu pernah dilihat sebagai pesaing utama kepimpinan Parti Komunis, tetapi semakin diketepikan oleh Jinping sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2020, Keqiang mengeluarkan kenyataan bahawa lebih 600 juta orang di China memperoleh pendapatan kurang daripada nilai bersamaan AS$140 (RM668) sebulan, mencetuskan perdebatan yang lebih meluas mengenai kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan. - Agensi