Sokongan itu adalah bertepatan hasrat pentadbiran negeri ini yang berusaha mencapai visi menjadi sebuah negara pintar bertaraf dunia menjelang tahun 2025.
Menyedari cita-cita tinggi tersebut, anak syarikat kerajaan negeri, Selgem Sdn Bhd (Selgem) mengorak langkah menyertai The 27th World Road Congress (WRC) 2023 bersama-sama delegasi Selangor yang terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
WRC 2023 yang diadakan setiap empat tahun sekali itu turut disertai oleh agensi serta syarikat-syarikat antarabangsa dan kali ini, penganjurannya bertemakan ‘Together on The Road Again’.
Dalam persidangan itu, delegasi Selangor telah diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Ir Izham Hashim.
Inovasi tempatan
Menurut Izham, penglibatan anak-anak syarikat kerajaan negeri itu merupakan usaha untuk mengetengahkan inovasi dan teknologi tempatan di peringkat antarabangsa.
Selain itu, teknologi pengesanan serta penggunaan Sistem LiDAR yang dibangunkan serta digunakan di Selangor turut diperkenalkan kepada para delegasi daripada seluruh pelusuk benua sempena WRC 2023.
"Kecanggihan AI mampu menghasilkan analisis data terperinci yang membantu dalam meningkatkan kualiti maklum balas perkhidmatan selenggara jalan raya.
"Malah, teknologi ini turut memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar pintar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.
Jelasnya, RONDA digunakan dalam pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya merangkumi data-data kerosakan, banjir dan kegagalan cerun.
Tarik minat industri
Sementara itu, Pegawai Utama SELGEM, Hafizuddin Zakaraya dalam kenyataan yang sama memaklumkan, aplikasi i-RAA yang dipamerkan dalam WRC 2023 itu telah berjaya menarik minat pengendali global serta pakar industri dari serata dunia meliputi benua Eropah, Amerika Selatan,, Afrika, Asia Barat dan Asia Timur.
Katanya, kebanyakan pakar-pakar industri didapati teruja dengan aplikasi yang diperkenalkan oleh Selgem selain menyatakan hasrat untuk bekerjasama serta melanggan kepakaran teknologi yang dibangunkan oleh anak-anak tempatan.
"Ini merupakan pertama kali kami menyertai program di luar negara. Tidak sangka sambutan yang diterima amat memberangsangkan daripada pelbagai negara.
"Kami berharap teknologi yang dibangunkan oleh anak tempatan ini dapat menembusi pasaran seluruh dunia memandangkan Selgem adalah satu-satunya syarikat di dunia yang menyediakan platform yang komprehensif, efektif dan mesra pengguna berdasarkan maklum balas dari delegasi luar negara sepanjang tempoh pameran berlangsung,” ujarnya.