Program Santuni Kasih Perak

Iklan
Salbiah (tiga dari kanan) menyampaikan Sijil TVET Penjagaan Warga Emas kepada Nur Athirah yang Salbiah (tiga dari kanan) di UniKL-RCMP di Ipoh, baru-baru ini.

Perintis ekosistem penjagaan warga emas

Salbiah (tiga dari kanan) menyampaikan Sijil TVET Penjagaan Warga Emas kepada Nur Athirah yang Salbiah (tiga dari kanan) di UniKL-RCMP di Ipoh, baru-baru ini.

IPOH - Sebagai sebuah negeri yang sentiasa menyantuni setiap rakyat, Perak mengorak langkah ke hadapan dengan mewujudkan ekosistem penjagaan warga emas melalui pelaksanaan Program Santunan Kasih Perak (PSKP).

Iklan
Iklan

Pertama di Malaysia, PSKP itu merupakan hasil usaha sama melibatkan Portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak; Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (SPW), Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Manakala, Sunshine Qualicare Sdn Bhd Sdn Bhd merupakan penyelaras program tersebut selaras dengan matlamat kerajaan negeri melibatkan penyertaan semua pihak dalam pembangunan negeri ini khususnya pihak swasta.

Iklan

Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Salbiah Mohamed berkata, PSKP telah dibentuk sejajar dengan unjuran ketujuh Perak Sejahtera 2030 untuk memperkasakan sektor ekonomi kaum wanita dan mengambil peduli golongan warga emas.

"Justeru, Sasaran PSKP ini bukan sekadar menjadi suatu program jangka pendek, malahan menjadi model prototaip untuk diguna pakai oleh kerajaan negeri dalam menyantuni golongan warga emas di seluruh Perak,” katanya.

Iklan

Tambah Salbiah, PSKP itu menyediakan platform yang merangkumi pangkalan data yang membantu kerajaan negeri memajukan bidang penjagaan serta menggubal polisi negeri untuk jangka panjang.

Terdahulu, beliau merasmikan pelancaran PSKP serta menyampaikan Sijil Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Penjagaan Warga Emas Fasa 2 Tahun 2023 di Universiti Kuala Lumpur UniKL) - Royal College of Medicine Perak (RCMP) di sini, baru-baru ini.

Sebagai perintis pelaksanaan PSKP, seramai 170 orang yang terdiri daripada sukarelawan JKM, pusat jagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) telah menjalani kursus selama lima hari di institusi berkenaan.

Sementara itu, T Manimala, 49, yang merupakan peserta TVET dari Chemor berkata, penjagaan warga emas itu sangat baik kerana memberi peluang kepada rakyat Perak menambah pengetahuan secara profesional dalam bidang tersebut.

Pandangan sama turut dinyatakan Nur Athirah Azmi, 24, dari Teluk Intan yang mana menyifatkan bidang penjagaan merupakan satu peluang kerjaya yang mempunyai potensi tinggi.

"Sektor perkhidmatan penjagaan mempunyai masa depan yang baik. Saya mengambil peluang ini (latihan TVET)untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penjagaan,” katanya yang turut menggalakkan golongan belia untuk menceburinya.

Bagi Lee Yook Tin, 59, dia mengakui pengalaman mengikuti tersebut amat berharga kerana Persatuan Kebajikan Prihatin Sosial yang diwakilinya banyak mengendalikan warga emas.

Ketika ini katanya, terdapat banyak permintaan terhadap penjagaan warga emas di Perak yang terpaksa ditinggalkan sementara kerana anak-anak mereka bekerja.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kerana mewujudkan program (PSKP) ini. Ia amat bermakna buat kami,” ujarnya.