ATLET olahraga negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 100 meter (m) lelaki T36 (kecacatan fizikal) pada Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou.
Pada aksi final berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong di sini pada Jumaat, atlet berusia 36 tahun itu dibatalkan penyertaan berikutan kesalahan false start atau salah mula sekali gus menggugat peluang sekurang-kurangnya meraih kedudukan podium pada penampilan terakhirnya di temasya empat tahun sekali itu.