Bapa remaja Arab Saudi tiba di Bangkok

Iklan
Rahaf Mohammed al-Qunun

BANGKOK - THAILAND. Bapa kepada gadis Arab Saudi berusia 18 tahun yang melarikan diri ke Thailand kerana bimbang dibunuh keluarganya, tiba di Bangkok dan mahu bertemu anak perempuannya itu, kata ketua imigresen Thailand hari ini.

Menurut Surachate Hakpan, bapa dan abang Rahaf Mohammed al-Qunun harus menunggu sama ada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) membenarkan mereka berjumpa gadis terbabit.

Iklan
Iklan

"Bapa dan abangnya mahu berjumpa dan bercakap dengan Rahaf tetapi PBB perlu membenarkan perkara itu,” kata Surachate kepada wartawan.

"Bapanya kini berada di Thailand dan ia adalah sumber kebimbangan.

Iklan

"Kami tidak tahu apa yang akan dilakukan beliau, sama ada cuba mencari di mana Rahaf berada dan mengganggu gadis itu. Kami tidak tahu sama ada beliau akan cuba membuatkan kedutaan melakukan perkara itu,” kata timbalan pengarah Asia Human Rights Watch, Phil Robertson.

Dalam pada itu, aktivis Australia dan Britain menggesa kerajaan mereka memberikan suaka kepada Rahaf, yang dibenarkan memasuki Thailand lewat semalam, selepas hampir 48 jam terkandas di lapangan terbang Bangkok dengan ancaman akan diusir. — Reuters

Iklan