Gencatan senjata perlu jadi matlamat utama - Duta Palestin ke PBB

Iklan
Ibrahim Khraishi - Foto dpa

GENEVA - Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ibrahim Khraishi pada Khamis berkata, gencatan senjata dengan kadar segera mesti menjadi matlamat utama kita semua di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Palestin.

Kenyataan itu dibuat semasa sesi taklimat di pejabat PBB di Geneva bersama anggota Persatuan Pewarta Bertauliah di PBB (ACANU), lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Beliau juga berkata, masyarakat antarabangsa mesti mengambil tindakan segera termasuk menyeru gencatan senjata segera, memastikan akses dan bantuan kemanusiaan, memulihkan keperluan asas di Gaza, mengutuk serangan Israel terhadap rakyat Palestin dan infrastruktur awam serta mengecam pengepungan di Gaza.

Khraishi juga menggesa negara-negara lain untuk mengenakan sekatan senjata dua hala ke atas Israel dan menamatkan kekebalan pelanggaran undang-undang antarabangsa Israel.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, lebih 8,400 orang terbunuh dalam konflik itu, termasuk sekurang-kurangnya 7,028 rakyat Palestin dan 1,400 pendatang Israel. - Bernama- Anadolu