Kegagalan Majlis Keselamatan PBB lulus gencatan senjata memalukan

Iklan
Asap berkepul-kepul berikutan serangan udara Israel di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada Jumaat. - Foto Xinhua (Gambar kecil: Muhammad Faisal)

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan resolusi gencatan senjata di Gaza adalah sesuatu yang amat memalukan.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ABIM mencermati perkembangan terkini Persidangan Majlis Keselamatan PBB dalam mencari jalan penyelesaian berhubung konflik yang berlaku di wilayah Palestin itu.

Iklan
Iklan

Katanya, usul yang dibawa Rusia dalam persidangan berkenaan untuk menetapkan resolusi gencatan senjata gagal dicapai.

"Dalam laporan PBB menyatakan kegagalan tersebut disebabkan usul berkenaan tidak mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan negara anggota Majlis Keselamatan PBB.

Iklan

"Menerusi undian yang dibuat, usul terbabit hanya diterima oleh empat negara anggota iaitu Rusia, China, Gabon dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Faisal memberitahu, usul itu ditolak oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom manakala sembilan negara anggota memutuskan untuk berkecuali iaitu Albania, Brazil, Ecuador, Perancis, Ghana, Jepun, Malta, Mozambique, Switzerland.

Iklan

Menurut beliau, krisis kemanusiaan di Gaza khususnya hari ini (Jumaat) kian memuncak memasuki hari ke-20 dengan catatan kematian penduduk Gaza mencecah 7,000 korban yang melibatkan kanak-kanak, wanita serta orang tua.

"Maka, ABIM menegaskan semua pihak harus meletakkan nilai kemanusiaan di hadapan sebagai jalan menyelamatkan nyawa masyarakat awam dengan menolak kepentingan mana-mana blok politik," ujarnya.