PDRM jalan kajian tambah baik pakaian seragam operasi - Saifuddin

Iklan
Saifuddin - Foto Bernama

SHAH ALAM - Urus Setia Ketua Polis Negara (USKPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan kajian penambahbaikan pakaian seragam operasi tugas am PDRM yang dijangka selesai pada penghujung tahun 2023.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian bermula 12 Julai itu mengambil kira aspek reka bentuk dan fabrik yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Iklan
Iklan

"PDRM amat menitikberatkan faktor keselesaan dan keselamatan warga semasa menjalankan tugas.

"Sekiranya dipersetujui kelak, PDRM akan mengangkat kertas cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2020 - Tatacara Permohonan Penukaran Pakaian Seragam dan Pakaian Istiadat Pegawai Kerajaan dan Badan Berkanun,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin mengetahui tentang perekaan semula pakaian seragam PDRM.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pakaian seragam PDRM sedia ada telah diwartakan pada 13 Januari 2011 mengikut Peraturan-Peraturan Polis (Pakaian Seragam) 2011.

Iklan

Menurutnya, sebelum pewartaan tersebut, PDRM telah menjalankan kajian dengan mengambil kira pemilihan warna dan aksesori yang sesuai bagi pakaian seragam untuk melambangkan identiti tersendiri.

Dalam pada itu, Saifuddin turut memberitahu bahawa jawatankuasa kajian tersebut terdiri daripada wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Seterusnya, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Pengurusan serta Jabatan Siasatan Jenayah.

Pada masa sama, Saifuddin berkata, kos perolehan Body Worn Camera (BWC) yang diluluskan oleh kerajaan adalah berjumlah RM30 juta dengan kaedah tender terbuka dan tempoh siap projek adalah selama 24 bulan.

"Jangkaan BWC akan digunakan sepenuhnya oleh PDRM adalah pada suku pertama tahun 2025.

"Dengan mengambil kira keseluruhan proses pembekalan seperti pengujian, lawatan tapak, latihan dan pentauliahan yang akan berlangsung dari Januari 2024 hingga Disember 2024," katanya.