Rumah 'ditawan' 1,700 kelawar

Iklan
Antara ratusan kelawar yang ditemui di kediaman sebuah keluarga di bandar Lviv, Ukraine.

LVIV - Sebuah keluarga dari bandar Lviv, Ukraine berdepan situasi menakutkan apabila rumah mereka 'ditawan' 1,700 ekor kelawar.

Difahamkan unit kediaman keluarga terbabit yang terletak di sebuah blok apartmen menjadi lokasi pilihan haiwan berkenaan untuk mengawan dan berhibernasi pada musim sejuk.

Iklan
Iklan

Kumpulan kelawar tersebut dikatakan memasuki rumah itu menerusi balkoni lalu memenuhi segenap ruang termasuk almari dan guni sayur-sayuran milik keluarga terbabit.

Dr Andriy-Taras Bashta dari Institut Ekologi Karpaty yang dihubungi bagi menangani situasi itu berkata, waktu ini merupakan musim mengawan buat kelawar-kelawar tersebut.

Iklan

"Kami menemui sejumlah 1,700 kelawar dan semuanya masih hidup.

"Kira-kira 80 peratus kelawar tersebut masih kecil," kata Bashta sambil menambah kelawar pertama terbang masuk ke balkoni itu kira-kira seminggu yang lalu.

Iklan

Bashta berkata kira-kira empat jam diperlukan bagi mengumpul dan membawa keluar semua kelawar yang kemudian dilepaskan ke kawasan hutan. - Agensi