AS tidak akan terlepas jika perang di Gaza berterusan - Iran

Iklan
Amirabdollahian berkata Iran sedia memainkan peranan dalam usaha kemanusiaan yang sangat penting bersama Qatar dan Turkiye. - Foto Reuters

IRAN memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) sekiranya tindakan Israel terhadap pejuang Hamas tidak dihentikan di Semenanjung Gaza, Washington akan turut terkena tempias.

Amaran itu disuarakan Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Khamis.

Iklan
Iklan

Katanya, AS yang menguruskan pembunuhan beramai-ramai di Palestin dan Iran tidak mengalu-alukan perluasan perang di rantau itu.

"Israel telah menyerang Gaza dari udara, mengenakan kepungan dan sedang bersedia untuk pencerobohan darat," katanya.

Iklan

Amirabdollahian berkata, Hamas telah memberitahu Iran bahawa mereka bersedia untuk membebaskan tebusan awam.

Tambahnya lagi, Hamas memberitahu bahawa dunia harus mendesak pembebasan 6,000 rakyat Palestin di penjara Israel.

Iklan

Selain itu katanya, Iran bersedia memainkan peranan dalam usaha kemanusiaan yang sangat penting bersama Qatar dan Turkiye.

Sememangnya, pembebasan 6,000 tahanan Palestin adalah satu lagi keperluan dan tanggungjawab masyarakat global. - Awani