'TFC bermain teruk'

Iklan
Pemain TFC, Adisak Kraison (dua dari kiri) menjaringkan gol semasa menentang pasukan Stallion Laguna FC pada aksi Kumpulan G Piala AFC 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak. - Foto Bernama

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengakui pasukannya bermain dengan teruk ketika hanya mampu seri 2-2 dengan kelab Filipina, Stallion Laguna FC dalam aksi Kumpulan G Piala AFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Khamis.

Menurut Steinbruckner, dia kecewa dengan persembahan yang dipamerkan para pemainnya yang melakukan banyak kesilapan sepanjang 90 minit perlawanan.

Iklan
Iklan

"Apa yang bagus tentang perlawanan ini adalah kami mendapat satu mata. Itu sahaja. Mata adalah mata, tetapi kami bermain teruk sepanjang perlawanan.

"Mungkin ada dua atau tiga pemain yang bermain baik, tetapi selebihnya dalam pasukan tidak bermain dengan bagus. Kami perlu melupakan perlawanan ini dan bersedia dengan perlawanan akan datang," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Iklan

Dalam perlawanan itu, TFC ketinggalan menerusi jaringan Griffin McDaniel dan Junior Ngong Sam sebelum bangkit melalui gol Sony Norde dan Adisak Kraisorn.

Keputusan itu menyaksikan TFC kekal kedudukan kedua Kumpulan G dengan lima mata di belakang Central Coast Mariners yang menerajui kumpulan dengan enam mata.

Iklan

Steinbruckner berkata, kegagalan untuk mendapat mata penuh di laman sendiri itu juga menjadi kerugian kepada pasukan terutama untuk mencabar kedudukan teratas kumpulan.

"Kegagalan untuk mendapat mata penuh hari ini adalah kesilapan besar daripada pasukan. Kami akan berjuang sehingga akhir, tetapi kegagalan meraih dua mata di sini adalah satu kerugian besar," katanya.