BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala empat lagi hilang selepas Taufan Otis melanda Guerrero, Mexico pagi Rabu, lapor Xinhua.
Taufan itu yang menyebabkan kemusnahan teruk terutama di kawasan peranginan Acapulco, yang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara, kata setiausaha keselamatan dan perlindungan rakyat Mexico, Rosa Icela Rodriguez.
Iklan
Iklan
Taufan Otis menyebabkan kemusnahan teruk di kawasan peranginan Acapulco. - Foto AFP
Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menyatakan kesedihan atas kehilangan nyawa dan pentadbirannya melancarkan operasi pengangkutan bantuan udara ke kawasan terjejas dengan sokongan tentera.
Sementara itu, kakitangan Suruhanjaya Elektrik Persekutuan bertungkus lumus cuba memulihkan bekalan elektrik dan telekomunikasi di rantau itu. - Bernama-Xinhua
Iklan
Seorang lelaki berjalan di pasar raya yang terjejas akibat Taufan Otis di Acapulco. - Foto AFP
Iklan