Muzium pamer sampah berusia 3,500 tahun

Iklan
Antara sampah yang berusia 3500 tahun kini dipamerkan di Muzium British .

LONDON - Budaya membuang sampah merata-rata dan pengurusan sampah yang tidak teratur bukanlah sesuatu yang baharu malah manusia telah melakukan perkara tersebut sejak ribuan tahun dahulu.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Muzium British yang telah mengumpulkan malah membuat pameran berkenaan sampah berusia ribuan tahun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia.

Iklan
Iklan
Muzium British telah mengumpul sampah berusia ribuan tahun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat semasa.

Antara sampah tersebut adalah sebuah cawan pakai buang yang dipamerkan dalam The Asahi Shimbun Displays Disposable? Rubbish and Us yang bermula Khamis lalu sehingga 23 Februari tahun depan.

Cawan yang dibuat daripada tanah liat yang berusia 3,500 tahun ini berasal dari peradaban Minoa.

Iklan

Hasil kajian mereka menemukan sisa anggur di bahagian dalam cawan tersebut dan menyamakan budaya ini dengan cawan plastik yang sering kita guna sekarang.

Para pengkaji juga menyifatkan bahawa cawan tanah liat ini dipakai hanya sekali kerana hampir ribuan cawan sama ditemukan oleh pihak Muzium British yang menunjukkan budaya membuang sampah ini telah wujud sejak dahulu lagi.

Iklan
Sebuah cawan pakai buang turut dipamerkan dalam The Asahi Shimbun Displays Disposable? Rubbish and Us yang bermula Khamis lalu sehingga 23 Februari tahun depan.

Cuma perbezaan dahulu dan sekarang adalah peradaban Minoa tidak mengeluarkan sampah sebanyak mana yang kita hadapi sekarang.

Apa yang jelas, mesej yang cuba dibawa oleh Muzium British adalah betapa manusia sudah tidak mempedulikan dunia dan budaya malas membuang sampah ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi.

Pihak Muzium British turut menyatakan bahawa tidak berniat untuk membuat para pengunjung berasa bersalah ke atas semua sampah yang dibuang tetapi lebih kepada menekankan kepada realiti bahawa tidak kira pada peradaban mana pun, isu sampah tetap menjadi isu utama.