Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada 23-25 November ini

Iklan
Hamzah

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan berlangsung dari 23 hingga 25 November 2023 ini, di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan pada Jumaat berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti malam tadi yang dipengerusikan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan
Iklan

Menurut Hamzah Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Tahunan itu akan dipengerusikan Naib Presiden Datuk Dr Radzi Jidin.

"Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bermula dengan perasmian sayap-sayap Bersatu pada 23 November 2023, sebelum diikuti Perhimpunan Agung pada 24 dan 25 November 2023,” katanya.

Iklan

Hamzah berkata, mesyuarat itu juga antara lain membincangkan kedudukan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Lembaga Disiplin Bersatu telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain sebelum mengambil sebarang tindakan.

Sebelum ini dilaporkan Iskandar Dzulkarnain memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan mengambil kira keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup di kawasannya. - Bernama.

Iklan