Perak, Kuala Lumpur lihat satu perkembangan positif

Iklan

SKEMA pembayaran yang bakal diperkenalkan Majlis Sukan Negara (MSN) terhadap pasukan negeri atau kelab yang mahu mengambil pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mulai tahun depan dilihat sebagai satu perkembangan positif ke arah pembangunan pelapis bola sepak negara pada masa depan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Mohamad Azlin Mohd Nadzri berkata, pihaknya melihat cadangan MSN sebagai entiti yang menguruskan projek pembangunan itu sebagai satu langkah bijak.

Iklan
Iklan

"Bagi PAFA, tiada masalah untuk MSN mengenakan bayaran pampasan kepada pasukan negeri atau kelab yang mahu mengambil pelatih AMD bagi memperkuatkan cabaran bagi saingan Liga Malaysia.

"Cumanya, PAFA berharap supaya keutamaan tawaran perlu diberikan kepada negeri asal datangnya pemain tersebut dengan tanda harga yang berpatutan.

Iklan

"Tetapi seandainya jika negeri berkenaan menolak, barulah tawaran dibuka kepada negeri lain atau kelab yang sanggup membayar dengan harga tawaran sebenar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Nada sama juga disuarakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa yang turut menggesa MSN lebih serius jika mahu melaksanakan perkara berkenaan.

Iklan

Menurutnya, KLFA berharap perkara itu dapat diterjemahkan dalam bentuk dokumentasi supaya semua pihak dapat mematuhi dan menghormatinya pada masa depan.

"Bagi KLFA ini perkembangan positif, sepatutnya MSN kena buat dan kalau hendak buat... mereka kena buat betul-betul jangan sekadar bercakap sahaja.

"Ikutkan bukan hanya MSN yang kena buat tapi persatuan bola sepak (FA) negeri juga kena laksanakan perkara sebegini supaya para pemain mereka tidak diambil begitu sahaja oleh pasukan atau kelab lain pada masa depan,” ujarnya.