Warga emas maut motosikal langgar belakang treler

Iklan
Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di KM 47.5 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Jumaat. - Foto Polis Kota Tinggi

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di kilometer (KM) 47.5 Jalan Johor Bahru-Mersing (Hutan Panti), pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, kemalangan dipercayai berlaku sekitar 4.30 pagi apabila mangsa menunggang berseorangan untuk ke tempat kerja.

Iklan
Iklan

"Semasa melalui KM47.5, mangsa yang berusia 74 tahun telah hilang kawalan dan melanggar sebuah lori treler jenis Hino yang diletakkan di bahu kiri jalan, laluan yang sama akibat mengalami kerosakan.

"Perlanggaran melibatkan bahagian besi belakang sebelah kanan lori treler berkenaan.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar.

Iklan

Orang awam juga dinasihati supaya lebih peka dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama.