116 aduan internet oleh ahli Parlimen akan diambil tindakan - Fahmi

Iklan
Fahmi Fadzil - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kesemua 116 aduan berkaitan isu Internet yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) daripada 16 ahli Parlimen, akan diambil tindakan oleh pembekal perkhidmatan dan dipantau pejabat SKMM negeri.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata aduan berkenaan diterima sepanjang tiga hari bermula 23 Oktober lepas, SKMM membuka pusat aduan Internet di bangunan Parlimen di sini, yang menyaksikan 111 ahli Parlimen telah melawat dan memeriksa kelajuan Internet di kawasan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH kerjasama dengan kesemua ahli Parlimen akan diteruskan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Internet di Malaysia," kata Fahmi.

Berdasarkan info grafik yang dimuat naik bersekali hantaran di Facebook, Fahmi menunjukkan kawasan Hulu Selangor merekodkan aduan tertinggi iaitu sebanyak 68, diikuti Bangi (16) dan Kota Melaka (sembilan).

Iklan

Kawasan Parlimen yang turut merekodkan aduan termasuk Kimanis, Pulai dan Rantau Panjang. - Bernama.

Iklan