Kefahaman tentang ilmu perlu jadi teras membangunkan Malaysia Madani - PM Anwar

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mudir Pertubuhan Mujamma` Ibnu Sunni Lit Talaqqi Pendang Kedah Abdullah Abdul Rahman @ Abdul Rahim (kiri) beramah mesra dengan para hadirin semasa Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana malam ini - Foto Bernama.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kefahaman tentang ilmu perlu menjadi teras dalam membangunkan Malaysia Madani dan menegakkan syiar Islam.

"Maka tidak kira siapa, semua harus ada kefahaman asas tentang Islam, (selain) untuk menyelamatkan diri dan keluarga tetapi juga untuk mengelakkan daripada menjadi alat atau mangsa kefahaman yang mungkin mengelirukan sama ada fahaman barat atau fahaman yang boleh melemahkan kekuatan Islam," katanya semasa berucap di Majlis Ilmu MADANI, di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Tazkirah pada malam ini disampaikan Mudir Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi, Pendang, Kedah Abdullah Abdul Rahman atau juga dikenali Tuan Guru Abdul Rahim.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Anwar berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri iaitu Seri Perdana sering mengadakan majlis ilmu secara berkala supaya tradisi budaya ilmu itu dapat dihayati.

Iklan

Beliau berkata, dalam Islam, sekiranya terdapat perbezaan pendapat ia perlu ditangani secara bijaksana dan berhikmah.

Anwar berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Kemajuan Islam akan bekerjasama memastikan kefahaman tentang Hadis 40 Imam Nawawi dapat diserapkan dalam kalangan pelajar sekolah.

Iklan

"KPM dan menterinya (Fadhlina Sidek) dan menteri agama (Mohd Na'im) akan bersama memastikan semua anak-anak Islam membaca, selain kurikulum ditetapkan, Hadis 40 Imam Nawawi," katanya. - Bernama.