Young Tigers bermula langkah kiri di SOJC

Iklan
Pemain Young Tigers, Alfarico Liau (kiri) diasak pemain New Zealand Rayan Parr (dua, kiri) pada aksi SOJC di Stadium Hoki Taman Daya pada Sabtu.

HASRAT skuad remaja negara meraih tiga mata pertama musnah selepas tewas 2-3 kepada New Zealand pada aksi pembuka tirai Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023, di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru pada Jumaat.

New Zealand bermula garang apabila Aldred Luke menjaringkan gol seawal minit keenam menerusi pukulan sudut penalti.

Iklan
Iklan

Tersentak dengan gol itu, Young Tigers melancarkan serangan berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi kapten pasukan, Muhamad Faris Harizan hasil pukulan penalti strok.

Bagaimanapun Black Sticks kembali di depan menerusi pukulan sudut penalti Cosslett Scott pada minit ke-15.

Iklan

Black Sticks kembali mengasak menyaksikan skuad asuhan Ford Aaron sekali lagi memimpin perlawanan menerusi gol padang Hickson James pada minit ke-33.

Lain-lain keputusan juara bertahan India diikat Pakistan 3-3, manakala Australia menewaskan Great Britain 3-0.

Iklan

Pada Sabtu, Jerman dijadualkan bertemu Afrika Selatan, manakala Pakistan bertemu New Zealand, sementara Malaysia menentang India.

Kejohanan bawah 21 tahun edisi ke-11 itu bermula hari ini sehingga 4 November, disertai lapan negara Malaysia, Great Britain, India, Jerman, Australia, Afrika Selatan, New Zealand dan Pakistan.