16 tahun kepungan haram Israel jerat Gaza
Iklan
GENTING GAZA - Kepungan haram Israel selama 16 tahun menyaksikan ‘sifar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan’ di wilayah Gaza, sekali gus menyebabkan kira-kira 2.4 juta penduduk hidup sengsara.
Persidangan Pembangunan Perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) memaklumkan ekonomi Genting Gaza terus terkesan dari masa ke masa memandangkan 80 peratus penduduk di wilayah itu bergantung penuh kepada bantuan antarabangsa sebelum konflik terbaharu Hamas-rejim Zionis tercetus pada 7 Oktober lalu.
Penduduk Gaza bergantung kepada makanan diagihkan agensi bantuan di Rafah.