Jangan panik ranking Harimau Malaya jatuh

Iklan
Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi (kanan) diasak pemain Tajikistan, Juraboev Amirbek dalam aksi final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu. - Foto Bernama (Gambar kecil: MOHD AZRAAI)

PENYOKONG bola sepak tempatan tidak seharusnya panik apabila ranking Harimau Malaya jatuh buat kali pertama dalam tempoh 14 bulan kerana ia tidak menggambarkan situasi sebenar persembahan skuad kendalian Kim Pan-gon itu.

Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, soal ranking bukan perkara yang harus diberikan penekanan semata-mata, sebaliknya persiapan secukupnya sebelum menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan dan Piala Asia di Qatar pada Januari nanti.

Iklan
Iklan

"Bagi saya kejatuhan ranking pasukan kebangsaan ini tidaklah perlu disensasikan. Itu (ranking) seharusnya tidak menjadi sasaran utama pasukan kebangsaan.

"Lagipun, mereka beraksi baik dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini kecuali ketika tewas kepada Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023 yang membuka mata (Pan-gon) menilai kembali kelemahan yang ada.

Iklan

Menerusi kemas kini terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga daripada ranking ke-134 kepada kedudukan ke-137dunia.

Kali terakhir ranking Harimau Malaya jatuh adalah pada kemas kini 25 Ogos 2022 di tangga ke-148 dunia sebelum mengalami peningkatan mendadak ke tangga ke-134 dunia dalam kemas kini 21 September lalu.

Iklan

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan Harimau Malaya untuk berada di ranking ke-120 dunia menjelang akhir tahun ini dan atas kertas, kedudukan terbaharu itu tampak sukar dicapai.

Mengulas lanjut, Mohd Azraai berkata, tindakan meletakkan ranking sebagai keutamaan sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada moral pemain- pemain dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

"Dalam keadaan macam ini... kejatuhan ranking sememangnya akan mempengaruhi moral para pemain kerana mereka secara tak langsung menerima tekanan dengan sasaran tersebut.

"Apa yang penting sekarang pasukan kebangsaan perlu hadir dengan perancangan yang lebih berkualiti untuk menghadapi kempen Kelayakan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan dan kempen Piala Asia di Qatar pada Januari ini,” ujarnya.