Generasi Z sukar menyimpan kerana kos sara hidup tinggi
Iklan
SHAH ALAM - Kos sara hidup yang tinggi menjadi punca utama generasi Z sukar menyimpan wang kerana dibebani dengan komitmen perbelanjaan besar.
Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan berkata, kebanyakan generasi itu masih berada di awal kerjaya yang menawarkan gaji permulaan asas.