Tidak bekerja, hanya harap duit suami
Iklan
SHAH ALAM - Tidak bekerja dan hanya mengharapkan sumber kewangan daripada suami merupakan antara faktor keupayaan golongan wanita di Malaysia menyimpan lebih rendah berbanding lelaki.
Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (Aswa), Wan Azliana Wan Adnan berkata, ini kerana rata-rata wanita memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa selepas mendirikan rumah tangga.