Minggu Solidariti Palestin: Tanggungjawab sekolah pastikan tidak timbul masalah

Iklan
Foto hiasan

MINGGU Solidariti Palestin yang akan berlangsung 29 Oktober hingga 3 November ini dilakukan sebagai tanda kebersamaan Malaysia dalam konflik Israel-Palestin.

Malah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu merupakan antara tanda solidariti warga guru terhadap mangsa kezaliman regim zionis Yahudi.

Iklan
Iklan

Namun timbul perdebatan mengenai keperluan untuk melaksanakan program seperti itu, malah mendapat perhatian di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyuarakan kekhuatirannya terhadap impak kepada murid-murid.

Mengambil pandangan ahli Parlimen itu, KPM telah meengeluarkan kenyataan dan memberi amaran bahawa penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi adalah tidak dibenarkan.

Iklan

Justeru pihak yang terlibat perlu mengambil perhatian terhadap larangan berkenaan sekali gus memastikan peraturan itu tidak dilanggar kerana KPM tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme ketika penganjuran program.

Melihat kepada sisi positif, penganjuran program seperti itu mampu memberi gambaran lebih luas kepada murid di sekolah mengenai kejadian yang berlaku di Palestin, selain mampu memupuk nilai manusiawi, melibatkan hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat.

Iklan

Jadi tidak perlulah membangkitkan sama ada di kemudian hari, murid-murid ini akan berkelakuan ekstrem dan bersikap keterlaluan.

Sebaliknya, lihatlah ia sebagai satu kaedah penerapkan kepada nilai-nilai kefahaman perjuangan berpaksikan prinsip agama yang benar.

Program seperti itu memupuk rasa kasih sayang sesama manusia selain membina rasa benci terhadap kezaliman terhadap mereka yang tiada daya.

Justeru menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan segala peraturan dapat diikuti dan tiada masalah berbangkit timbul. Bersolidaritilah secara aman, tunjukkan sikap empati terhadap nasib mereka yang ditindas.