MyOnePAS Super Apps masih fasa awal, selamat digunakan

Iklan
Takiyuddin

SHAH ALAM - Aplikasi MyOnePAS Super App masih dalam bentuk fasa awal atau pengujian Beta untuk mendapatkan maklum balas pengenalan awal kepada orang ramai, khususnya ahli Pas.

Sehubungan itu Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya termasuk pembangun aplikasi, PASpay Technology Sdn Bhd (PASpay) berjanji akan mengambil serius semua maklum balas dan pandangan bagi memastikan aplikasi berkenaan berfungsi sebaiknya apabila ia boleh dimuat turun akhir November nanti.

Iklan
Iklan

"Ini termasuk dari segi keselamatan dan kami telah meminta PASpay mempertingkatkan kesedaran kepada pengguna agar mereka yang ingin menggunakan aplikasi dalam tempoh pengujian Beta boleh memilih untuk membuat permohonan melalui laman web 'www.myonepas.com' sahaja.

"Mana-mana pihak yang mempunyai kemusykilan seharusnya menghubungi pihak pengurusan Pas yang bertanggungjawab atas inisiatif ini atau merujuk kepada makluman terkini yang disiarkan sebagai langkah wajar," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan, pakar teknologi membangkitkan kebimbangan mengenai isu keselamatan berhubung aplikasi berkenaan memandangkan ia tidak ditawarkan untuk dimuat turun daripada platform berdaftar buat masa ini.

Oleh yang demikian Takiyuddin menjelaskan, Pas telah mengeluarkan Memo Setiausaha Agung bertarikh 23 Oktober 2023 sebagai penerangan lanjut kepada ahli-ahli parti melibatkan beberapa perkara termasuk isu sekuriti yang dibangkitkan.

Iklan

"Ia antara lain menyebut ketersediaan aplikasi ini yang boleh dimuat turun secara eksklusif melalui fail kit pakej android (APK) adalah langkah sementara dalam proses penyediaan aplikasi ke fasa seterusnya.

"Saya berharap pengguna dapat bersabar dan menunggu aplikasi MyOnePAS dimuat naik secara rasmi dalam Google Play Store dan Apple App Store yang dijangka pada hujung November ini.

"Setakat ini, pengguna yang sudah memuat turun aplikasi boleh menggunakan fungsi-fungsi percubaan seperti arah kibat, waktu solat, infaq istiqamah dan lain-lain," ujarnya.