PBB beri amaran situasi di Gaza kritikal

Iklan
Penduduk Palestin berdiri di atas runtuhan bangunan ketika asap dan api meningkat daripada kemusnahan berikutan serangan Israel di Gaza City. Foto AFP

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran situasi kemanusiaan di Gaza berdepan kelumpuhan keseluruhan dengan kesan yang tidak dapat dibayangkan.

Ini susulan jumlah bantuan yang memasuki Gaza tidak mencukupi dengan keperluan penduduk.

Iklan
Iklan

Menurut jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, sebelum perang, sejumlah 500 trak bantuan memasuki Gaza setiap hari.

Namun ia kini terhad kepada 12 trak sehari akibat pelbagai sekatan oleh Israel.

Iklan

"Ketika serangan meningkat, wujud keperluan lebih kritikal ketika ini. Sekitar 500 trak menyeberangi ke Gaza sebelum pertempuran tercetus. Namun sejak kebelakangan ini, hanya 12 trak dibenarkan memasuki Gaza, walaupun situasinya lebih kritikal daripada sebelum ini," katanya.

Menurut Dujarric, keperluan kritikal adalah bahan api untu operasi PBB.

Iklan

Jika tiada bekalan diterima, agensi itu tidak dapat meneruskan kerja-kerja bantuan. - Awani