Malaysia antara negara undi sokong gencatan senjata segera di Gaza

Iklan
Keputusan undian yang membolehkan UNGA menerima resolusi gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan di Gaza.

KUALA LUMPUR - Malaysia antara 120 negara yang mengundi menyokong gencatan senjata segera di Genting Gaza.

Pada Jumaat, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerima resolusi yang ditaja Jordan itu bermatlamat menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusiaan serta perkhidmatan penting sampai ke Genting Gaza tanpa sebarang halangan.

Iklan
Iklan

Menurut laman sesawang Berita PBB, pengundian semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi tersebut menerima 120 undi menyokong, 14 menentang dan 45 tidak mengundi.

Amerika Syarikat (AS) yang bersekongkol dengan kekejaman rejim Zionis terhadap orang awam di Gaza mengetuai bantahan tersebut diikuti, Austria, Croatia, Republik Czech, Fiji, Guatemala, Honduras, Israel, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Papua New Guinea, Paraguay dan Tonga.

Iklan

Manakala negara-negara jaguh hak asasi manusia seperti Australia, Kananda, Sweden dan United Kingdom (UK) pula tidak mengundi atau tidak mengambil peduli mengenai krisis kemanusiaan yang sedang melanda wilayah Palestin yang dikepung itu.

Minggu lalu, AS menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk 'pemberhentian kemanusiaan' berhubung konflik Israel-Palestin.

Iklan

Menurut duta negara itu ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, Washington menggunakan vetonya kerana UNSC tidak mengiktiraf hak Israel untuk 'mempertahankan dirinya'.

PBB dan badan kemanusiaan memberi amaran bahawa melengahkan lagi bantuan ke wilayah yang bergolak itu akan menyebabkan malapetaka besar krisis kemanusiaan.

Duta Palestin ke PBB, Rirad Mansour dalam ucapan kepada UNSC, memberi amaran bahawa 'membunuh lebih ramai penduduk Palestin tidak akan menjadikan Israel selamat'.

Pertubuhan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) dalam mesej di X, mengutuk undi veto AS kerana ia menghalang UNSC bertindak terhadap Israel dan Palestin ketika berdepan dengan tahap kemusnahan yang tidak pernah disaksikan. - SINAR HARIAN/Agensi

Infografik resolusi gencatan senjata Israel - Palestin