KUALA LUMPUR - Pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembinaan tol berkenaan seperti yang tular baru-baru ini berlaku di jalan persendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak).