OKT mati dalam lokap, tiada unsur jenayah

Iklan
Azri Ahmad

SHAH ALAM - Tiada kecederaan berunsur jenayah dikesan membabitkan kematian seorang lelaki yang ditahan berkaitan kes dadah di lokap Balai Polis Sungai Besar, Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, orang kena tahan (OKT) berusia 49 tahun itu sebelum ini ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, OKT terbabit ditemui dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 3.30 pagi oleh anggota polis sebelum mendapatkan rawatan lanjut.

"Penolong pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan terhadap OKT itu kira-kira jam 4.40 pagi kemudiannya mengesahkan kematian lelaki tersebut.

Iklan

"Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh mendapati tiada sebarang kecederaan berunsur jenayah selain ujian pengesanan Covid-19 adalah negatif," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan berkaitan kejadian masih lagi diteruskan setakat ini.

Iklan

"Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut," katanya.