IPOH - Seluruh umat Islam di negeri Perak disaran melaksanakan solat sunat gerhana bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad sempena Gerhana Matahari Separa yang dijangka berlaku di Perak, Khamis ini.
Jabatan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, Gerhana Matahari Separa itu dijangka berlaku mulai pukul 11.18 pagi sehingga 3.09 petang, dengan waktu kemuncaknya pada jam 1.11 tengah hari, ketika 85 peratus matahari ditutupi oleh bulan.