Badrul Muhayat meninggal dunia

Iklan
Badrul Muhayat

[DIKEMAS KINI] PELAKON Badrul Muhayat Ahmad Jailani dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada pagi Sabtu ketika berada di Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Berita duka itu dikongsikan pelakon Anne Abdullah menerusi akaun Facebook dan kiriman mesej di aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Jelas Anne, Badrul ditemui sudah tidak sedarkan diri di rumah inap oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

Iklan
Berita duka itu dikongsikan pelakon Anne Abdullah menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

"Jenazah masih berada di homestay di Penang dan kini menunggu proses selanjutnya. Saya difahamkan isteri Badrul dalam proses buat laporan polis.

"Badrul ditemui tidak sedarkan diri oleh isteri dia selepas isteri dia cuba kejutkan dari tidur.

Iklan

"Mereka satu homestay dengan Aida Aris, jadi Aida yang maklumkan perkara ini pada saya,” katanya kepada Sinar Harian menerusi rakaman suara di WhatsApp.

Tambah Anne, Badrul bersama beberapa selebriti termasuk Aida Aris yang merupakan ahli di bawah Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) berada di pulau mutiara itu kerana menyertai sebuah karnival di Seberang Perai.

Badrul dan Norhayati mendirikan rumah tangga pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Julia Daud, Badrul dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Delisha, 16, dan Badrul Hidayat, 13.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu muat naik di laman sosial memaklumkan jenazah Allahyarham Badrul Muhayat telah berlepas dari Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada jam 7.40 malam selepas dimandi dan dikafankan.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Hidayah Sentul dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Karak/ Batu Muda pada Ahad jam 10 pagi.