PVATM Melaka gesa segerakan penyelarasan pencen

Iklan
Mohamad Fazil (tengah) bersama jawatankuasa PVATM Melaka dan penerima sumbangan.

MELAKA - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka menggesa kerajaan segera melaksanakan penyelarasan pencen kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie berkata, isu itu perlu ditangani segera kerana sudah lebih 10 tahun disuarakan, namun sehingga kini belum ada jalan penyelesaian.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya turut menyokong tindakan PVATM pusat yang mahu menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut penyelarasan pencen veteran itu dipercepatkan.

"Kasihan mereka yang bergaji kecil contoh pencen paling rendah diterima anggota ada sekitar RM1,000 hingga RM1,900 sahaja.

Iklan

"Ia bukan sahaja melibatkan ahli PVATM di Melaka malah di seluruh negara lebih-lebih yang tidak mampu bekerja, mempunyai tanggungan yang ramai dan ada juga warga emas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sumbangan Fazil Group Kepada Ansaf PVATM Cawangan Tengkera di Galeri Fazil Group, Jalan Munshi Abdullah di sini, pada Sabtu.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya akan membangunkan sebuah lot kedai di Tengkera untuk perancangan dijadikan sebuah inap desa sekali gus pulangan yang diperoleh dapat disalurkan dalam persatuan berkenaan.

Katanya, pelbagai bantuan telah diberikan di setiap cawangan PVATM Melaka tanpa mengira usia supaya kebajikan ahli PVATM di negeri itu terus mendapat pembelaan.

"Kita sentiasa menyediakan peruntukan bukan sahaja bantuan pada hari raya namun tanpa mengira masa terutama mereka yang memerlukan," katanya.

Dalam pada itu Mohamad Fazil turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seramai 20 golongan veteran ATM kategori tidak berpencen, ibu tunggal dan juga asnaf.