Kecederaan Casemiro resahkan United

Iklan
Casemiro. - Foto: Agensi

KEM Manchester United dibelenggu kebimbangan ekoran kecederaan jeneral padang, Casemiro yang bergelut untuk pulih menjelang derby Manchester menentang penyandang juara, City di laman sendiri pada Ahad.

Pengurusnya, Erik ten Hag mendedahkan Casemiro 'berkejar' dengan masa untuk cergas bagi dipertaruhkan dalam perlawanan derby di Old Trafford.

Iklan
Iklan

Pemain pertahanan kanan The Red Devils, Aaron Wan-Bissaka turut mengalami kecederaan, namun kian pulih dan mungkin boleh beraksi.

"Dia tidak berada di tahap 100 peratus,” ujar ten Hag.

Iklan

The Citizens bertekad untuk menamatkan rentak tiga kemenangan berturut-turut yang diraih The Red Devils.

United memerah kudrat untuk mencipta kemenangan ke atas Brentford, Sheffield United dan Copenhagen tetapi aksi lebih ampuh diperlukan jika mereka ingin mencabar anak buah Pep Guardiola itu.

Iklan

Pertemuan getir itu menyaksikan Ten Hag terdesak untuk memulihkan Casemiro, biarpun sedar berkemungkinan besar kehilangan pemain tengah itu.

Casemiro mengalami kecederaan buku lali ketika tugasan bersama Brazil baru-baru ini.