Ketika peniaga-peniaga lain memilih untuk menjual dengan harga 80 sen hingga RM1 bagi menampung kos operasi, dua peniaga sanggup menjual sate ayam pada harga semurah 40 sen secucuk di Jalan Kampung Padang,di Jitra, Kedah.
Sate ayam yang siap dibakar dijual pada harga murah serendah 40 sen secucuk, manakala sate daging pula dijual pada harga 70 sen secucuk sahaja.
Peniaga sate dari gerai Sate Batas Ban mengambil pendekatan itu untuk beramal sambil berniaga, manakala peniaga Port Sate Bakaq pula menjual sate pada mampu milik itu demi berkongsi rezeki dengan pelanggan.
Laporan wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.