RM23 juta dikumpul menerusi AAKRP

Iklan
Kementerian Luar Negeri - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sejumlah RM23 juta berjaya dikumpul menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat konflik yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan memaklumkan, sumbangan tersebut termasuk dana yang diterima daripada syarikat korporat Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung AAKRP pada 19 Oktober lalu di Sri Perdana, Putrajaya.

Iklan
Iklan

"Selain itu 50 tan barangan utama bantuan kemanusiaan dengan nilai RM7 juta juga telah siap sedia untuk dihantar ke Gaza melalui Mesir.

"Barangan berkenaan dikumpul melalui Ops Ihsan oleh lebih 40 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan pada 21 Oktober dan 22 Oktober lalu," menurut kenyataan tersebut pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, KLN turut memaklumkan, penghantaran pertama barangan kemanusiaan berkenaan dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al Arish, Mesir melalui penerbangan kargo sewaan khas pada 3 November depan atas pembiayaan kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu penghantaran seterusnya adalah melalui laut dan akan digerak selepas mendapat maklumat terkini daripada pasukan Ops Ihsan ke bandar Ismaliyah, Mesir.

Iklan

"Berikutan jumlah sumbangan yang tinggi masuk ke akaun AAKRP, pengeluaran resit rasmi sumbangan akan mengambil sedikit masa," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh melayarai pautan https://shorturl.at/begq8 atau menerusi nombor akaun CIMB Islamic Bank Berhad 86-0030248-9 (akaun AAKRP).

Sumbangan yang dibuat melalui AAKRP layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.