Pembunuhan besar-besaran sedang berlaku di Gaza - Nadir Al-Nuri

Iklan
Bunyi letupan bom dan cahaya terang susulan serangan udara serta artileri menerangi langit Gaza sepanjang malam tadi. - Foto AFP

SHAH ALAM - Israel didakwa sedang melakukan pembunuhan besar-besaran di Gaza pada Jumaat malam selepas sekatan perhubungan secara total dilakukan rejim Zionis.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, talian telefonnya terputus ketika berhubung dengan keluarga di sana.

Muhammad Nadir Al-Nuri

Iklan
Iklan

"Menteri Luar Jordan di platform X menyatakan rejim penjajah baru sahaja memulakan perang darat di Semenanjung Gaza.

"Pertempuran sengit sedang berlaku antara mujahidin dengan tentera penjajah sebelah utara Gaza saat ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Iklan

Media melaporkan Israel memperhebatkan serangan ke atas Semenanjung Gaza selepas perkhidmatan internet dan komunikasi mudah alih di Wilayah Palestin dilumpuhkan.

Bunyi letupan bom dan cahaya terang susulan serangan udara serta artileri menerangi langit Gaza sepanjang malam tadi.

Iklan

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin juga berkata, pihaknya terputus hubungan sepenuhnya dengan bilik gerakan di Gaza.

Dalam pada itu Nadir merayu orang ramai untuk terus memberikan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin.

"Apa yang kita boleh buat sekarang ialah terus menyalurkan sumbangan. Setiap darah yang tumpah akan kita tebusi.

"Setiap anak yatim akan jadi anak kita. Setiap keluarga syuhada akan dapat pampasan. Itu saja yang boleh kita lakukan,” katanya.