WHO rayu pembiayaan segera AS$80 juta bantuan kemanusiaan di Palestin

Iklan
WHO merayu pembiayaan segera berjumlah kira-kira RM382 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan yang kritikal di wilayah Palestin khususnya Semenanjung Gaza. - Foto AFP

AMMAN - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu pembiayaan segera berjumlah kira-kira AS$80 juta (RM382 juta) bagi menyediakan bantuan kemanusiaan yang kritikal di wilayah Palestin yang diduduki khususnya Semenanjung Gaza.

Selain itu, WHO bercadang untuk melaksanakan pelan tindak balas kecemasan di Mesir, Lubnan, Syria dan Jordan sehingga 2023.

Iklan
Iklan

"Organisasi itu menekankan komitmennya untuk memperluas perkhidmatan kecemasan dan trauma, memastikan akses terus kepada penjagaan kesihatan, menguruskan penyakit kronik dan melaksanakan langkah-langkah pemantauan dan kawalan penyakit terutamanya di pusat-pusat pemindahan," lapor Agensi Berita Petra.

Sistem kesihatan di Semenanjung Gaza mengalami tekanan akibat serangan udara dan kekurangan bekalan penting seperti sumber perubatan, makanan, air dan bahan api.

Iklan

Sebanyak 171 serangan direkodkan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan, menyebabkan 493 maut manakala 387 lagi cedera. - Bernama-Petra

Iklan