21 maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan

Iklan
Sekurang-kurangnya 21 pekerja maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan. - Foto AFP

BERLIN - Sekurang-kurangnya 21 pekerja maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Seramai 23 lagi pelombong disenaraikan sebagai hilang susulan insiden yang berlaku di bandar perindustrian Karaganda, kata syarikat Arcelormittal.

Iklan
Iklan

Menurut syarikat multinasional itu, seramai 208 daripada 252 pekerja terselamat.

Pada Ogos lalu, kemalangan maut berlaku di satu daripada lombong milik syarikat yang sama.

Iklan

Sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan mendapati syarikat itu perlu bertanggungjawab atas insiden berkenaan.

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev dilaporkan telah mengarahkan kerajaan untuk menamatkan kerjasama pelaburan dengan Arcelormittal. - Bernama-dpa

Iklan