KPWKM ambil langkah intervensi, jika masalah kemurungan meningkat

Iklan
Nancy - Foto Bernama

KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengambil langkah intervensi sekiranya masalah kemurungan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dalam kebanyakan kes, individu yang mengalami kemurungan cenderung untuk tidak melaporkan keadaan diri mereka atau berjumpa dengan psikiatri.

Iklan
Iklan

"Jadi agak sukar untuk kita (kementerian) mendapatkan data yang tepat... perkara ini juga melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nancy berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang kejadian bayi maut yang tertinggal di dalam kereta dalam dua kejadian berasingan, baru-baru ini.

Iklan

Setakat ini, katanya, kementerian masih menunggu keputusan siasatan pihak polis kerana ia melibatkan disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Tiga hari lepas, seorang bayi berusia setahun telah dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus.

Iklan

Sementara dalam satu lagi kejadian pada 6 Oktober lepas, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10 jam dalam kereta di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras. - Bernama