Ubah suai tangki seludup minyak ke negara jiran

Iklan
PGA Batilion 7 berjaya merampas sebuah kenderaan jenis pacuaan empat roda yang digunakan untuk menyeledup bahan api bersubsidi di salah sebuah stesen minyak di pekan Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG - Modus operandi mengubah suai tangki masih dilakukan penyeludup untuk membawa keluar bahan api bersubsidi ke negara jiran.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, pasukan itu merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi berkenaan di salah sebuah stesen minyak di pekan ini.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, dalam serbuan pada jam 6.28 petang itu, pemandu pacuan empat roda yang sedang leka mengisi minyak bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota PGA Batalion 7," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu membawa kepada penemuan tangki tambahan yang dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api tersebut ke negara jiran.

Iklan

Katanya, sebanyak 275 liter minyak diesel bersubsidi ditemui dalam tangki tersebut.

"Rampasan ini membabitkan nilai keseluruhan diesel termasuk kenderaan berjumlah RM10,599.50," katanya.

Iklan

Azhari berkata, hasil soal siasat terhadap pekerja stesen minyak tersebut mendapati terdapat banyak kenderaan yang diubah suai tangki untuk tujuan penyeludupan.

Katanya, ada juga kenderaan yang mengisi minyak lebih daripada sekali untuk diseludup ke Thailand.