Siling Megah Rise Mall runtuh, tiga cedera ringan

Iklan
Tangkap layar video tular kejadian runtuhan siling di pusat beli-belah Megah Rise Mall pada Sabtu.

SHAH ALAM - Tiga individu cedera ringan dalam kejadian runtuhan siling di bahagian pintu masuk pusat beli-belah Megah Rise Mall, Selangor kira-kira jam 3 petang pada Sabtu.

Pihak pengurusan pusat beli-belah itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, kejadian tersebut berlaku akibat hujan lebat dan angin kencang.

Iklan
Iklan

"Kami sedang menyiasat punca kejadian dan mengambil tindakan segera untuk mengurus serta menangani situasi ini.

"Keutamaan kami ialah keselamatan serta kesejahteraan komuniti dan akan menyediakan kemas kini apabila lebih banyak maklumat didapati,” katanya.

Iklan
Tangkap layar kenyataan pihak pengurusan Megah Rise Mall berhubung kejadian siling runtuh pada Sabtu.

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik pengguna di Facebook memaparkan detik cemas pengunjung lari bagi menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku.

Video berdurasi 37 saat itu turut menunjukkan tindakan pantas pengawal keselamatan yang mengarahkan pengunjung keluar dari premis berkenaan.

Iklan